Sakit perut bongkar abang rogol adik sehingga mengandung

Iklan
Seorang abang ditahan polis pada petang Khamis selepas dipercayai merogol adik kandungnya sehingga mengandung enam bulan. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang abang berusia 21 tahun ditahan polis pada petang Khamis selepas dipercayai merogol adik kandungnya sehingga mengandung enam bulan.

Suspek yang bekerja sebagai petani diberkas polis di rumahnya di Kadok, di sini pada jam 2.50 petang.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas pihak Hospital Kajang, Selangor membuat laporan selepas mangsa mendapatkan rawatan akibat sakit perut, pada petang Khamis.

"Hasil pemeriksaan mendapati, remaja berusia 13 tahun itu disahkan mengandung selama 26 minggu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, bertindak atas laporan, polis telah menahan suspek di rumahnya.

Beliau berkata, pemeriksaan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Iklan

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

"Siasatan awal mendapati, mereka melakukan hubungan seks bersama beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sehingga mangsa disahkan mengandung," katanya.

Menurut Muhammad Zaki, suspek direman selama seminggu bermula Jumaat dan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.