Liwat OKU: Pegawai Undang-undang direman

Iklan
Suspek dibenarkan direman 6 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut selepas disyaki meliwat seorang remaja OKU pekak dan bisu, pada Disember tahun lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai undang-undang direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai meliwat seorang remaja OKU, pada Disember tahun lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan suspek, 34, dari Pekan, Pahang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Iklan
Iklan

Suspek sebelum ini dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap mangsa yang juga OKU pekak dan bisu di sebuah hotel di bandaraya di sini, pada Disember tahun lalu.

Difahamkan suspek berkenalan dengan mangsa semasa berurusan membeli Vape yang dijual remaja berkenaan di bandaraya ini.

Iklan

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diketahui ibu mangsa, 41, pada Ahad lalu selepas menerima satu peti pesanan daripada bekas guru mangsa memberitahu video anaknya yang mengaibkan ditularkan di media sosial.

Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dan bimbang sekiranya video mengaibkan anaknya yang juga memiliki kad OKU itu terus tersebar, ia boleh menjejaskan nama baik keluarganya sebelum membuat laporan polis pada Isnin lalu.

Iklan

Susulan laporan dibuat, suspek ditahan oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang, semalam di Kuantan, Pahang.