Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan (kanan) hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci dalam pertemuan di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini.

Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (kanan).

Iklan
Iklan

Kumpulan itu yang terdiri daripada 295 jemaah haji itu akan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada 1.35 petang ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).