Lupakan kekalahan, fokus berdepan Thailand

Iklan
Mukhairi Ajmal (tengah), mahu rakan-rakan sepasukannya melupakan kekalahan dengan Korea Selatan dan memberikan fokus untuk berdepan Thailand. - Foto FB FAM

KAPTEN skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Mukhairi Ajmal Mahadi mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar melupakan kekalahan 1-4 kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan saingan Piala Asia B-23 Khamis lalu, sebaliknya memberikan fokus untuk berdepan Thailand.

Menurut Mukhairi Ajmal, kesemua pemain perlu bangkit daripada kekalahan berkenaan dengan memberikan aksi terbaik ketika berdepan Thailand, Ahad ini dalam usaha memastikan kejayaan pasukan.

Iklan
Iklan

"Saya berharap kesemua pemain dapat melupakan 'game' semalam (Khamis) dengan Korea (Selatan) dan kembali fokus untuk 'game' dengan Thailand.

"Selain itu, kesemua pemain juga diingatkan agar tidak mengambil mudah aksi berdepan Thailand bagi melakar kejayaan yang diinginkan,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Skuad B-23 negara tewas 1-4 pada aksi pembukaan Kumpulan C berdepan Korea Selatan Khamis lalu, menyaksikan skuad Harimau Muda kini berada pada kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Justeru, skuad B-23 dilihat tidak memiliki pilihan selain perlu mencatatkan kejayaan ke atas Thailand bagi menghidupkan peluang untuk ke pusingan seterusnya.

Iklan

Mukhairi Ajmal berkata, perlawanan dengan Thailand dilihat sebagai peluang terbaik skuad B-23 untuk melakar kejayaan.

Malah katanya, kejayaan yang diharap-harapkan itu boleh direalisasikan berdasarkan kepada semangat yang dimiliki pemain ketika ini.

"Ini peluang terbaik kita kerana bagi saya kejayaan dengan Thailand nanti akan memberikan moral yang tinggi kepada pemain.

"Sekali gus ini akan membantu pemain untuk mengharungi perlawanan seterusnya,” katanya.