KOTA BHARU - Sikap segelintir ahli politik yang galak mendesak kerajaan membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dengan segera boleh dianggap sebagai 'gila kuasa'.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, desakan itu dianggap tidak sesuai buat masa ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baharu beberapa bulan menerajui tampuk pemerintahan negara.
"Parti lain hendak desak, dia punya pasal. Kita (Pas) bersama dengan Perdana Menteri. Kalau Perdana Menteri bubar, maka bubarlah.
"Kalau tanya pandangan Pas, baik kekal hingga tamat penggal," katanya selepas diminta mengulas desakan pemimpin politik yang mahu Perdana Menteri segera membubarkan Dewan Rakyat bagi tujuan PRU15.
Beliau menjelaskan, banyak lagi dasar dan perancangan yang masih belum dijalankan yang memerlukan khidmat Ismail Sabri untuk melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga penggal tamat.
Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berbincang tarikh PRU15 bersama Ismail Sabri dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid turut menyatakan perjumpaan antara Ismail Sabri bersama ‘lima teratas’ bagi menentukan pembubaran Parlimen akan berlaku bila-bila masa sahaja.