Kerajaan tidak bubar Parlimen sebelum 31 Julai

Iklan
Annuar

SHAH ALAM - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai ini.

Perkara tersebut dinyatakan dalam salinan dokumen rasmi MoU yang dikongsi melalui hantaran di Facebook rasmi Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU, Tan Sri Annuar Musa pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menekankan perkara lain dalam MoU iaitu perjanjian tersebut hendaklah terpakai sehingga Parlimen dibubarkan.

"Bagi yang suka menulis tapi malas membaca atau menyelidik,atau yang mungkin sengaja mahu mengelirukan fakta, saya ‘post’ (kongsikan) di sini dokumen rasmi atau salinan MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Iklan

"Sila teliti perkara dua dan perkara tiga MoU berkenaan. Saya adalah salah seorang yang mewakili kerajaan menandatangani MoU berkenaan.

"Jika tidak, tulisan kita menampakkan betapa kita mengkritik atas dasar benci, bukan fakta atau sememangnya kita berbuat sesuatu nak tunjuk kelebihan kita,tetapi sebenarnya kita hanya memperagakan kelemahan kita sendiri,” katanya dalam siaran di media sosial itu.

Iklan