Bergaduh rebut teman wanita: Tiga lagi suspek diburu

Iklan
Tangkap layar insiden pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran, Klang, 24 Mei lalu.

KLANG - Polis sedang memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan pergaduhan dipercayai berkaitan perebutan teman wanita dalam kejadian di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran di sini 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 17 hingga 22 tahun itu disenaraikan sebagai orang dikehendaki.

Iklan
Iklan

"Kesemua mereka kini sebagai orang dikehendaki dikenali sebagai Sebastian Low Jhun Yung, 21; Chan Jia Jing,17; Ho Zhen Yang, 22.

"Dalam kejadian tersebut, mangsa mengalami pendarahan otak, lebam di muka dan luka di tangan serta kaki," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada 25 Mei Sinar Harian melaporkan seorang remaja antara lapan lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan sekitar jam 2.10 pagi di sebuah restoran di sini pada 24 Mei.

Hasil soal siasat, suspek mengaku pergaduhan berlaku gara-gara perebutan teman wanita antara salah seorang suspek dan mangsa.

Iklan

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, seramai sembilan suspek berusia lingkungan 14 ke 21 tahun ditahan dan mana enam daripada mereka telah dituduh di mahkamah sementara seorang dijadikan saksi pendakwaan.

"Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya serta mendapat arahan untuk tuduh enam suspek di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala seorang lagi dijadikan saksi pendakwaan dan dua suspek dibebaskan tanpa syarat.

"Keenam-enam suspek dituduh di Mahkamah Klang pada 1 Jun dan kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan ditawarkan jaminan Mahkamah," ujarnya.