463 saman, remaja 14 tahun antara ditahan di KL

Iklan
Seorang penunggang motosikal yang diperiksa dalam operasi di ibu negara bermula Jumaat hingga Ahad. - Gambar JSPT

KUALA LUMPUR - Sebanyak 463 saman dikeluarkan dan seramai 22 individu ditahan termasuk remaja berusia 14 tahun menerusi Op Samseng Jalanan, Op Had Laju, Op Motosikal dan Op Mabuk di sekitar ibu negara bermula Jumaat hingga Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, sebanyak 26 motosikal disita dalam operasi di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Lebuhraya Damansara-Ulu Klang di sini.

Iklan
Iklan

"Polis turut menahan 12 lelaki berusia dalam lingkungan 23 hingga 59 tahun di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, seramai sembilan 'mat rempit' berusia lingkungan 14 hingga 21 ditahan dalam Op Samseng Jalanan kerana menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi 'zig-zag', 'Superman' serta bersaing.

Iklan

"Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

"JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya," ujarnya.

Iklan