Mancini puas hati aksi Azzurri

Iklan
Pertahanan Itali berhempas pulas mengekang asakan daripada jentera serangan Jerman pada aksi Liga Negara-Negara UEFA 2022 pada Ahad. - foto realmadridfutbol.com

BIARPUN gagal meraih tiga mata setelah terikat 1-1 dengan Jerman pada aksi sulung Kumpulan C Liga Negara-Negara UEFA pada Ahad, pengendali Itali, Roberto Mancini tetap berpuas hati dengan aksi dipersembahkan anak buahnya.

Menurut Mancini, kesemua pemain wajar diberikan kredit atas segala kerja keras yang ditunjukkan sepanjang perlawanan itu dalam usaha melakar kemenangan di laman sendiri.

Iklan
Iklan

"Secara keseluruhannya, saya tetap berpuas hati dengan aksi dipamerkan kesebelasan pemain kali ini.

"Ya, kami gagal memenangi perlawanan...tetapi sekurang-kurangnya kami tetap berjaya meraih satu mata.

Iklan

"Apa pun, saingan kali ini bukannya mudah dan kami perlu melakukan persediaan terbaik dalam usaha mencatatkan keputusan yang terbaik,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Itali terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-70 menerusi Lorenzo Pellegrini.

Iklan

Bagaimanapun kegembiraan skuad Azzurri itu hanya bertahan tiga minit apabila Joshua Kimmich berjaya meledakkan gol penyamaan pada minit ke-73.

Sementara itu, Mancini berharap kesemua pemain bersedia untuk berdepan England pada 12 Jun depan.

Katanya, England yang tewas mengejut kepada Hungary pada Ahad, pastinya mahu kembali bangkit bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

"Saya harap semua pemain kembali bersedia untuk perlawanan seterusnya berdepan England pada 12 Jun nanti.

"Kita tidak ada pilihan melainkan perlu menewaskan mereka untuk memudahkan laluan ke pusingan seterusnya nanti,” katanya.