Kebakaran depoh kontena di tenggara Bangladesh, 14 maut, 187 cedera

Iklan
Kebakaran di sebuah depoh kontena di wilayah Chattogram tenggara Bangladesh, pada Sabtu. - Foto AFP

DHAKA - Kebakaran besar berlaku di sebuah depoh kontena persendirian di wilayah Chattogram tenggara Bangladesh pada Sabtu, membunuh 14 orang dan mencederakan 187 orang lagi.

SM Rashidul Haque, Penguasa Polis (SP) daerah Chattogram yang terletak kira-kira 242 km tenggara ibu kota Dhaka, memberitahu Xinhua pada Ahad pagi, bahawa 14 orang meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kolej Perubatan Chattogram kerana melecur teruk di badan mereka.

Iklan
Iklan

Kebanyakan mangsa mengalami lecur ringan hingga teruk, dan keadaan kesihatan beberapa mangsa yang lain juga kritikal.

Seorang pegawai bomba, yang enggan namanya disiarkan, berkata sebanyak 16 unit pemadam kebakaran sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 8.00 malam waktu tempatan di BM Container Depot Ltd, sebuah syarikat gabungan Belanda-Bangladesh.

Iklan

Beliau berkata kebakaran berlaku di kawasan kontena yang terletak di Sitakunda di pinggir bandar pelabuhan utama Chattogram di Bangladesh.

Menurut maklumat awal, kebakaran berlaku di sebuah kontena yang sarat dengan bahan kimia di perkarangan depoh itu.

Iklan

Menurut pegawai bomba yang bertungkus lumus sepanjang malam memadamkan kebakaran, angka kematian berkemungkinan meningkat. - Bernama