Bekalan gandum dalam negara mencukupi: KPDNHEP

Iklan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid (kiri) meninjau tepung gandum yang dijual semasa Program Jualan Kedai Prihatin di Kampung Gaung, Hulu Terengganu, pada Ahad. - Foto Bernama

KUALA BERANG - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bekalan tepung gandum dalam negara adalah stabil dan mencukupi.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun berkata, bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannya terpaksa dikurangkan di pasaran, disebabkan lonjakan harga di peringkat global.

Iklan
Iklan

Katanya, rakyat tidak perlu panik kerana bekalan makanan asas itu di pasaran setakat ini adalah mencukupi, namun terdapat sedikit peningkatan harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus.

"Daripada segi bekalan tak terjejas... cuma harga meningkat kerana pertama isu Ukraine dengan Rusia dan kedua kos pengangkutan yang naik dengan mendadak.

Iklan

"Berkenaan gandum am bersubsidi, ia adalah gandum khusus untuk kegunaan B40, jadi pengurangannya tidak menjejaskan peniaga yang buat roti canai, kuih dan sebagainya,” katanya selepas meninjau program Jualan Kedai Prihatin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rosol berkata, kerajaan tetap memantau harga minyak sawit campuran di pasaran, walaupun produk itu tidak tertakluk di bawah kawalan harga maksimum.

Iklan

Menurutnya, pengguna boleh membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menjual produk berkenaan dengan harga yang terlampau tinggi.

"Yang kita kawal ialah minyak masak sawit tulen satu hingga lima kilogram. Kalau ada peniaga jual lebih daripada harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2021).

"Tetapi jika ada peniaga yang ambil untung melampau atas jualan minyak sawit campuran, boleh buat aduan dan kita akan ambil tindakan,” katanya. - Bernama