Jelajah AKM di Terengganu rekod pencapaian luar biasa

Iklan
Program Jelajah AKM yang diadakan bermula Khamis hingga Sabtu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus. - Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA TERENGGANU - Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang diadakan bermula Khamis hingga Sabtu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus merekodkan pencapaian luar biasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, lebih 32,000 pengunjung direkodkan sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

Iklan
Iklan

"Kita gembira dan bangga dengan pencapaian luar biasa program Jelajah AKM yang berakhir semalam.

"Tahniah kepada semua Ketua Jabatan Persekutuan dan negeri atas kerjasama yang tidak berbelah-bahagi bagi memastikan program itu berjalan lancar dan mencapai matlamat penganjuran," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Tengku Farouk Hussin yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Jelajah AKM berkata, seramai 32,458 pengunjung direkodkan sepanjang tiga hari Jelajah AKM dengan 6,872 pengunjung dan urusetia direkodkan pada hari pertama diikuti 9,959 (hari kedua) dan seramai 15,627 yang direkodkan sehingga malam Sabtu.

Katanya, kesemua mereka mengambil peluang mengunjungi pelbagai gerai dan pameran yang disediakan sepanjang program itu berlangsung.

Iklan