Bekas Ahli Parlimen Merbok, Ismail Daut meninggal dunia

Iklan
Ismail

ALOR SETAR - Bekas Ahli Parlimen Merbok, Ismail Daut meninggal dunia di kediamannya di Sungai Petani pada malam Sabtu.

Allahyarham Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun sekitar jam 9.40 malam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, allahyarham disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ke lantai di ruang tamu rumahnya.

"Difahamkan, Allahyarham pernah mengalami strok dan menjalani rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati Allahyarham telah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak serta bebas Covid-19.

Ismail merupakan Ahli Parlimen Merbok bermula dari 2013 sehingga 2018 selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan majoriti 4,122 undi mengalahkan calon PKR, Nor Azrina Surip.

Iklan

Pada PRU14, Ismail tidak dicalonkan dan digantikan dengan Ketua UMNO Bahagian Merbok ketika itu, Datuk Tajul Urus Mat Zain sebagai calon kerusi Parlimen Merbok.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan Allahyarham seorang pemimpin yang amat berdedikasi ketika memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Biarpun ketika itu mengalami masalah kesihatan, Allahyarham tetap jalankan amanah yang diberikan sebagai wakil rakyat dan sering turun padang mendengar masalah penduduk setempat.

"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO Bahagian Merbok,” katanya lagi.