Guardian perkenal rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian

Iklan
Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM5.90 untuk span bedak asas hingga RM33.90 untuk set tata rias kuku.

SHAH ALAM - Guardian Malaysia memperkenalkan satu rangkaian baharu dan eksklusif iaitu Aksesori Kecantikan Essential Guardian yang menampilkan lebih 40 item baharu dan boleh didapati di semua stor dan di dalam talian.

Guardian dalam kenyataan berkata, rangkaian tersebut terdiri daripada span muka, paf muka, berus solekan, pencukur kening, pelentik bulu mata, penyepit, penghapus bintik hitam dan jerawat, gunting bulu kening dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Pengarah Komersil Malaysia, Brunei dan Pengarah Jenama Sendiri, Kesihatan serta Kecantikan Asia Tenggara, Anna Hull berkata, sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbaik di negara, Guardian sentiasa mengkaji serta membawakan produk terbaik yang tersedia pada nilai hebat kepada pelanggan.

Katanya, produk-produk yang dihasilkan dengan kualiti tinggi tersebut adalah secara eksklusif kepada Guardian dan dijual pada harga yang sangat kompetitif kepada pelanggan.

Iklan

"Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian menampilkan tren dan ciri kecantikan terkini.

"Kami mempunyai 12 jenis span muka. Sebagai contoh, termasuk satu yang dihasilkan dengan fiber akar sayuran Konjac, menjadikan ia span pembersih semula jadi yang memiliki tekstur lebih halus untuk membersih dan menanggalkan kulit mati dengan lembut.

Iklan

"Kami juga mempunyai span 3D yang telah direka bentuk untuk mencalit dan mengadun semua formula kosmetik sama ada bedak, krim atau cecair bagi kemasan yang halus dan sempurna. Pendek kata, kami mempunyai span untuk setiap keperluan kecantikan tertentu,” katanya pada Ahad.

Selain itu, menurut beliau, terdapat juga 15 jenis berus bagi pelbagai kegunaan antaranya berus kening, berus garisan, berus kontur, berus celahan dan berus noda selain mempunyai set berus kembara, set berus mata dan set berus wajah.

Set berus mata ini dilengkapi dengan bekas berus yang ideal untuk kembara.

Tambahnya, Guardian turut menawarkan berus vegan yang merupakan pilihan hebat terutamanya kepada mereka yang menyokong produk bebas kekejaman sebagai tambahan kepada set berus kembara, set berus mata dan set berus muka.

"Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM5.90 untuk span bedak asas hingga RM33.90 untuk set tata rias kuku.

"Jadi berkunjunglah ke stor kami sekarang atau dalam talian untuk segala keperluan kecantikan anda. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih bagi memastikan anda sentiasa tampil rapi dan menawan,” jelasnya.