3 maut, 11 cedera insiden tembakan rambang di Philadelphia

Iklan
Anggota polis sedang mengawal lokasi kejadian di South Street, Philadelphia. - Agensi

WASHINGTON - Tiga maut dan 11 cedera selepas beberapa penembak melepaskan tembakan ke arah orang ramai di kawasan popular di Philadelphia pada malam Sabtu.

Inspektor Polis D.F. Pace memberitahu media tempatan bahawa dua lelaki dan seorang wanita telah terbunuh.

Iklan
Iklan

"Anda boleh bayangkan terdapat ribuan orang ramai berada di South Street, aktiviti yang sering dilakukan mereka setiap hujung minggu dan tiba-tiba tembakan berlaku," katanya.

Tambahnya, seorang pegawai polis telah melepaskan tembakan balas terhadap penyerang, namun tidak dipastikan sama ada ia mengena sasarannya.

Iklan

Media tempatan melaporkan tiada tangkapan dibuat.

Pace berkata, dua pucuk pistol ditemui di lokasi kejadian dan polis sedang menunggu sehingga pagi bagi meneliti rakaman kamera CCTV daripada salah sebuah premis perniagaan yang tutup pada malam Sabtu.

Iklan

Bagaimanapun, beliau menyifatkan siasatan sebagai 'longgar' dengan menyatakan bahawa terdapat 'banyak soalan masih belum terjawab'. - AFP