Jangan kerana nafsu, orang tersayang jadi mangsa

Iklan
Negara digemparkan dengan satu kes kematian yang tragis di Kelantan apabila seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut ditembak di perutnya disebabkan mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangan.

SHAH ALAM - Pelbagai punca menyebabkan seseorang sanggup melakukan tindakan yang di luar jangka sehingga mengakibatkan nyawa individu yang disayangi terkorban.

Ada juga di antara mereka melakukan perkara tersebut kerana mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangan, duit tidak mencukupi untuk membeli dadah dan juga ada yang mempunyai penyakit mental.

Iklan
Iklan

Terbaru, negara digemparkan dengan satu kes kematian yang tragis di Kelantan apabila seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut ditembak di perutnya disebabkan mempunyai perasaan cemburu terhadap pasangan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mempunyai hubungan rapat dengan mangsa untuk membantu siasatan.

Iklan

Dalam masa sama, siasatan yang masih dijalankan itu juga mendapati bahawa urusan perniagaan turut dilihat menjadi salah satu motif kepada kejadian kejam tersebut berlaku.

Dalam perkembangan lain, di Ipoh berlaku satu pembunuhan kejam dengan mengerat tubuh badan ibu kandung sendiri kepada 15 bahagian dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian.

Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang berusia 42 tahun itu telah direman selama empat hari dan disyaki mempunyai masalah mental.

Masalah mental merupakan satu penyakit yang perlu dipandang serius oleh ahli keluarga kerana ini mendatangkan kesan yang buruk kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Menurut Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani, masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia kini semakin membimbangkan.

Ini kerana, bilangan pesakit yang datang mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan mental sejak pandemik Covid-19 melanda sehingga sekarang meningkat terutama membabitkan kes kemurungan dan keresahan.

Pakar menyarankan kepada mereka yang mengalami tanda-tanda awal perlu mendapatkan rawatan bermula dengan sesi bersama kaunselor.

Sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan tekanan dan gangguan emosi dalam tempoh dua minggu secara berterusan, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Antara tanda awal penyakit mental adalah berasa sedih melebihi dua minggu, mudah tersinggung, hilang keyakinan diri, sering mengalami perasaan bersalah, kerap fikir tidak mahu meneruskan kehidupan, sukar beri tumpuan dan susut berat badan akibat tiada selera makan.


Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)