KESEBELASAN Sepanyol diminta untuk memperbaiki permainan setelah terikat 2-2 ketika berdepan Republik Czech pada aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Isnin.
Menurutnya, skuad La Roja perlu mencatatkan kemenangan apabila berdepan Switzerland 12 Jun ini, bagi mengukuhkan kedudukan dalam saingan Kumpulan B.
"Pemain perlu memperbaiki permainan mereka kerana setelah dua perlawanan kita masih belum mencatatkan kemenangan setakat ini.
"Justeru, kemenangan kali ini sangat penting dan kesemua pemain perlu bekerja keras bagi memastikan sasaran kemenangan berkenaan direalisasikan,” katanya.
Pada Isnin, Republik Czech lebih dahulu membuka jaringan menerusi Jakub Pesek pada minit ke-4 sebelum pemain Sepanyol, Gavi menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Jan Kuchta kemudiannya menjaringkan gol kedua buat Republik Czech pada minit ke-66 sebelum Inigo Martinez menjaringkan gol pada masa kecederaan separuh masa kedua dengan memastikan kedua-dua pasukan meraih satu mata.
Sementara itu Enrique mengakui berpuas hati dengan aksi dua pemain muda, Gavi dan Inigo Martinez yang diberikan peluang beraksi.
Katanya, kedua-dua pemain berkenaan dilihat mempunyai masa depan yang cerah untuk muncul selaku pemain yang disegani suatu hari nanti.
"Kedua-dua pemain muda ini telah menunjukkan aksi yang baik pada perlawanan ini.
"Namun, secara keseluruhannya masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha memantapkan pasukan,” katanya.