25 maut bas terjunam dalam gaung di India

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - Seramai 25 penumpas terbunuh selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India pada Ahad.

Bas itu membawa 30 penumpang, termasuk pemandu dan seorang pembantu, menurut laporan media tempatan.

Iklan
Iklan

Penumpang bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Panna di Madhya Pradesh menuju ke sebuah kuil di daerah Uttarkashi, kira-kira 165 kilometer dari Dehradun, bandar raya Uttarakhand.

"Pegawai telah diarahkan untuk menyiasat nahas itu,” ciap Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami di Twitter.

Iklan

Ketua Menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan, pentadbiran Uttarakhand dan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bayaran ex gratia berjumlah 800,000 rupee (kira-kira RM45,200) kepada keluarga mangsa. - Bernama

Iklan