Lebih 50 maut serangan di gereja di Nigeria

Iklan
Lebih 50 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah gereja tempatan di bandar Owo, Nigeria pada Ahad. - Foto Reuters

LAGOS - Lebih 50 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah gereja tempatan di bandar Owo, Nigeria pada Ahad, lapor media Nigeria.

Menurut Sputnik memetik laporan Nigerian Tribune, sekumpulan penyerang menceroboh Gereja Katolik St. Francis dan melepas tembakan rambang.

Iklan
Iklan

Angka kematian dijangka meningkat memandangkan ramai yang cedera parah, menurut sumber.

Penyerang telah melarikan diri dan kejadian sedang disiasat. - Bernama

Iklan
Iklan