Tinjauan pengunjung di pantai Batu Ferringhi

Iklan
Orang ramai mengunjungi tempat tumpuan pelancong di pantai Batu Ferringhi bersama keluarga serta rakan-rakan sempena cuti umum Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. Tinjauan mendapati pelancong domestik menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi untuk dilawati pada musim percutian kerana pelbagai tempat-tempat menarik terdapat di negeri ini. - Foto Bernama