Sabah kehilangan pemimpin berjiwa rakyat: Shafie

Iklan
Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Anggota Parlimen Sandakan mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Shafie berkata sebagai seorang rakan, hari ini adalah hari yang menyedihkan

Iklan
Iklan

Beliau berkata mendiang Wong yang merupakan salah seorang jemaah kabinet negeri Sabah merupakan rakan lamanya dalam perjuangan politik terutamanya ketika menubuhkan kerajaan negeri Sabah.

"Hari ini kita kehilangan seorang rakan, seorang sahabat, seorang menteri yang berjiwa rakyat yang rajin bekerja tanpa mengenal hari dan waktu.

Iklan

"Kita amat bersimpati dengan keluarga mendiang," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Sandakan meninggal dunia

Iklan

Mohd Shafie berkata beliau dimaklumkan bahawa sebelum meninggal dunia mendiang pada sebelah pagi menyertai acara mendaki bukit dan selepas itu pada jam 9 pagi, mendiang mengadu sakit dada.

"Selepas itu mendiang dibawa ke hospital dan kena serangan jantung. Saya tidak tahu sama ada sebelum ini beliau ada rekod (sakit jantung) sebelum ini,”katanya

Mendiang Wong, 65, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung pagi tadi.

Sebelum itu, Wong yang juga Ketua DAP Sabah menyertai aktiviti mendaki bukit Tambaig di Kampung Duvanson Putatan bersempena pembukaan Tambaiq Adventure Park. -Bernama