KOTA KINABALU - Parti Bersatu Sabah (PBS) belum mengadakan perbincangan berkenaan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun berkata, walaupun Warisan sudah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PBS, namun setakat ini tiada perbincangan mengenai perkara itu.
"Perkara biasa bagi mana-mana parti politik termasuk daripada blok pembangkang yang mengamalkan dasar buka pintu mengenai kerjasama politik.
"Dalam politik, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang kekal, sebarang kemungkinan boleh berlaku.