MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka akan terus memberikan perhatian kepada pengayuh beca di negeri ini bagi memastikan nasib mereka mendapat pembelaan.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, usaha tersebut penting bagi mempertingkatkan imej serta mutu perkhidmatan beca sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
"Kita sarankan supaya golongan tersebut mendaftar dengan persatuan yang sah agar insentif disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan tanpa ada yang terpinggir.
"Kerajaan negeri juga merancang supaya golongan itu diberikan pelbagai latihan termasuk komunikasi yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri kerana mereka adalah duta kecil dan jurucakap kepada pelancong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, semalam.
Justeru itu, Adly berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40,000 untuk disalurkan kepada pengusaha beca berdaftar di seluruh negeri ini yang akan disampaikan dalam satu majlis tidak lama lagi.
"Sumbangan ini bertujuan untuk meraikan serta menghargai jasa duta kecil sektor pelancongan negeri ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Adly berkata, pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa lalu fokus mengenai hala tuju pembangunan Melaka.
Selain itu, beliau turut mendapatkan pandangan Dr Mahathir agar dua projek mega di negeri ini iaitu Melaka Gateway dan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) dapat diteruskan seperti yang dirancang, sekali gus menyelesaikan isu yang timbul secara positif.
"Perdana Menteri memberi pandangan agar projek pembangunan itu dapat dipercepatkan tanpa sebarang masalah birokrasi supaya impak projek itu akan dapat dinikmati dengan lebih cepat bagi memacu ekonomi negeri," katanya.