Mbappe pemain paling bernilai

Iklan
Kylian Mbappe - Foto AFP

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dinilai sebagai pemain bola sepak paling bernilai dunia, menurut kumpulan penyelidik Switzerland CIES Football Observatory, diikuti bintang Vinicius Jr (Real Madrid) dan pemain baharu Manchester City Erling Haaland.

Mbappe, yang menolak perpindahan ke Real Madrid sebaliknya menandatangani perjanjian baharu tiga tahun bersama gergasi Ligue 1 Perancis tersebut bulan lalu mendahului senarai dengan anggaran nilai perpindahan 175.7 juta pound (RM961.6 juta), menewaskan Vinicius 158.4 juta pound (RM866.5 juta) dan Haaland 130.4 juta pound (RM713.7 juta).

Iklan
Iklan

Rakan sepasukan Mbappe di PSG, Neymar memegang rekod perpindahan semasa ketika juara Perancis itu membayar Barcelona bernilai 189.68 juta pound (RM1.041 billion) untuk tandatangannya pada 2017.

Untuk rekod, CIES mengira nilai perpindahan pemain berdasarkan beberapa faktor termasuk gaji, prestasi kelab di beberapa kejohanan dan baki kontrak mereka.

Iklan

Senarai terkini kali ini juga di dominasi para pemain Liga Perdana Inggeris, dengan 41 wakil daripada kejuaraan tersebut berada dalam 100 teratas.

Sementara itu, perancang Manchester City, Kevin De Bruyne, yang berusia 30 tahun adalah pemain tertua dalam senarai itu, dengan nilai 48.97 juta pound (RM268.91 juta).

Iklan