Fasiliti uzur di HSA perlu perhatian

Iklan
@Jah berkongsi keadaan kemudahan di HSA yang uzur dan rosak. Sarung bantal koyak didakwa masih digunakan di HSA.

SHAH ALAM – Seorang pemilik akaun Twitter, @Jah melalui ciapannya berkongsi keadaan kemudahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang dilihat sudah uzur dan rosak.

Dalam perkongsiannya itu, pemilik akaun itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan beberapa fasiliti seperti kipas yang tidak berfungsi serta sarung bantal yang koyak di hospital berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya sertakan satu contoh dari Wad Dahlia HSA. Kipas pun dah dua minggu tak berfungsi bukan setakat kasihan pada pesakit, kasihan juga kepada staff staff KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang bekerja dalam keadaan panas macam ni,” ciapnya pada Isnin.

@Jah turut meminta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Iklan

"Mungkin kalau YB@onnhafiz dan YB@Khairykj datang melawat akan nampak macam macam lagi keuzuran.. Harap YB dapat bantu menaik tarafkan HSA demi rakyat Johor. Terima kasih!

"Tak ada pun nak fitnah ke nak salahkan sesiapa ke, pasal tu dari awal tweet mintak YB@onnhafiz pergi jenguk supaya nampak sendiri hakikatnya dan tak tahulah wad lain macam mana sebab tak pernah pergi. Saya cakap apa saya nampak sahaja,” jelasnya.

Iklan

Katanya lagi, tweet berkenaan bukan ditujukan kepada mana-mana kakitangan terutama doktor dan jururawat HSA.

"Semua staf HSA sangat sangat berkaliber, banyak bantu pesakit dan tak ada apa kami mampu buat untuk balas jasa mereka dan fasiliti pastinya di luar bidang kuasa mereka,” ujarnya.