Satu unit kediaman di sebuah apartmen terbakar

Iklan
Satu unit rumah di sebuah apartment terbakar pada Selasa. Foto: JBPM Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Satu unit kediaman di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama di sini, musnah dalam kebakaran pada Selasa.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai 25 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Sri Petaling dan BBP Pantai bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemadaman.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, kita mendapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah unit kediaman di tingkat satu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, anggaran kemusnahan ialah 90 peratus.

"Kebakaran melibatkan ruang tamu, bilik utama, bilik kedua dan bahagian dapur.

Iklan

"Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.