BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Selasa berkenan mengumumkan rombakan kabinet menerusi titahnya yang disiarkan di seluruh negara.
Berkuat kuasa Selasa, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Haji Awang Abu Bakar, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Haji Ali, dan Menteri Pembangunan Haji Suhaimi tidak lagi dilantik menganggotai barisan Kabinet, lapor Xinhua.