Carsome lancar bilik pameran terbesar di Malaysia

Iklan
Carsome melancarkan bilik pameran terbesarnya di Malaysia yang dilengkapi stesen pengecas kenderaan elektrik. - Foto Bernama

PLATFORM e-dagang kereta bersepadu Carsome melancarkan bilik pameran terbesarnya di Malaysia, yang dilengkapkan dengan stesen pengecas kenderaan elektrik.

Bilik pameran auto seluas 9,290.3 meter persegi yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu boleh menempatkan lebih daripada 200 kenderaan terpakai serta inventori dalam talian Carsome yang melebihi 1,600 kereta.

Iklan
Iklan

Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Carsome Eric Cheng berkata, Carsome PJ Automall menyasar untuk meningkatkan pengalaman membeli kereta pelanggan dengan menyediakan keselesaan dan kemudahan di bawah satu bumbung.

"Pelanggan boleh melengkapkan pembelian mereka menerusi kemudahan kewangan di tapak yang boleh memproses permohonan pinjaman dan kelulusan dalam masa sehari,” katanya pada majlis pelancaran rasmi bilik pameran itu, di sini, pada Selasa.

Iklan

Carsome PJ Automall dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Pusat itu juga menawarkan dua stesen pengecas kenderaan elektrik sejajar dengan rancangan Carsome untuk menawarkan kenderaan elektrik dalam jualan produknya.

Iklan

Eric juga berkata, pelancaran Carsome PJ Automall dijangka mengukuhkan lagi penawaran dalam talian dan juga luar talian syarikat dan meningkatkan pengalaman membeli kereta dengan selesa dan mudah.

"Motivasi kami adalah untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat gaya hidup dengan pelanggan boleh datang untuk menikmati proses membeli belah yang mudah dan selesa dan biarkan pasukan berdedikasi kami menguruskannya,” katanya. - Bernama