PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St. Francis di Ondo, Nigeria pada Isnin yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan.