Tidak cukup beratkah hukuman pemandu mabuk?

Iklan
Foto hiasan

TARIKH 23 Februari 2020 mencatatkan sejarah tersendiri apabila Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 telah dikuatkuasakan.

Secara keseluruhan, pindaan RUU itu mengandungi 15 fasal utama.

Iklan
Iklan

Antaranya ialah pindaan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Selain itu, pindaan turut dilakukan terhadap Seksyen 44 akta sama membabitkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes menyebabkan kecederaan serta kes menyebabkan kematian.

Iklan

Bagi kes menyebabkan kematian, hukuman yang dikenakan jika sabit kesalahan ialah penjara antara 10 dan 15 tahun, serta denda RM50,000 hingga RM100,000 selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun untuk sabitan pertama.

Pindaan turut membabitkan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda RM100,000 hingga RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun untuk kesalahan seterusnya.

Iklan

Cuma, berkisarkan kisah pemandu mabuk atau bahasa mudahnya mereka yang memandu kenderaan di bawah pengaruh minuman yang memabukkan sehingga meragut nyawa orang lain, nampaknya sehingga hari ini masih tiada kesudahan.

Ia memperlihatkan pindaan undang-undang dengan hukuman lebih berat sedikit pun tidak mendatangkan kegerunan buat golongan itu.

Dua kes dalam tempoh kurang 48 jam pada cuti hujung minggu ini, melibatkan tiga kematian di dua lokasi berbeza, satu kematian di Perak dan dua kematian di Melaka melibatkan pasangan suami isteri, masing-masing angkara pemandu mabuk cukup menaikkan kemarahan orang ramai.

Sehinggakan ada yang bertanyakan hukuman apakah setimpal untuk pemandu mabuk yang menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang tidak berdosa?

Adakah RUU Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu masih tidak cukup berat memberi pengajaran buat pemandu mabuk?