Penjawat awam Sarawak bebas guna Inggeris dalam urusan rasmi

Iklan
Abang Johari memotong kek pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sarawak pada Selasa. - Foto Bernama

KUCHING - Perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa kebangsaan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi.

Beliau berkata, pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.

Iklan
Iklan

"Saya harap jangan ini jadi polemik. Sarawak, mempunyai pendirian sendiri...sila terus gunakan bahasa Inggeris. ‘Sik kenak penalty’ (tidak akan dihukum kerana menggunakan bahasa Inggeris)

"Penjawat awam Sarawak, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris. Penjawat awam Persekutuan, saya tidak tahu kerana tuan kamu berbeza,” katanya.

Iklan

Berucap pada majlis jamuan malan meraikan ulang tahun ke-50 Yayasan Sarawak di sini, beliau berkata, walaupun sesetengah pihak merujuk kepada kisah kejayaan Jepun disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Jepun tetapi pelajar dari negara itu masih perlu belajar bahasa Inggeris apabila menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat.

Sama ada anda suka atau tidak, untuk memperoleh teknologi dan pengetahuan terkini, anda mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memahami apa yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Iklan

Pada 24 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu. - Bernama