NAIB juara Euro 2020, England nyaris berdepan kekalahan kedua berturut-turut apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk mengikat Jerman 1-1 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Allianz Arena pada Rabu.
Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan pada babak pertama menyaksikan dua jagoan Eropah tersebut menuju ke bilik persalinan dengan terikat tanpa jaringan.
Iklan
Iklan
Jerman kendalian Hansi Flick yang menguasai 63 peratus penguasaan bola akhirnya mendahului angkatan Gareth Southgate dengan gol yang dijaringkan bintang tengah sensasi Borussia Moenchengladbach, Jonas Hofmann pada minit ke-50.
Ketika Jerman seolah-olah diambang tiga mata, tonggak Tottenham Hotspur, Harry Kane tampil menyelamatkan maruah England apabila hadir dengan gol penyamaan pada minit ke-88 selepas menyempurnakan sepakan penalti.
Keputusan di Munich itu menyaksikan England yang tewas 0-1 kepada Hungary dalam perlawanan di Budapest berada di kedudukan tercorot setelah mengumpul satu mata manakala Jerman yang terikat 1-1 berdepan Itali di Bologna sebelum di kedudukan ketiga dengan dua mata.
England akan menunggu kehadiran juara Euro 2020, Itali di London, manakala Jerman pula bakal bertandang ke Budapest pada 12 Jun ini.
Artikel Berkaitan