'Saya minta Perdana Menteri percepatkan RUU Anti Lompat Parti'

Iklan
Mohd Shafie dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kolombong, Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Parlimen.

Beliau berkata, walaupun dalam usaha menuntut supaya RUU itu dibawa ke Parlimen, namun masih ada pihak bertindak 'membeli' wakil rakyat daripada sesebuah parti.

Iklan
Iklan

"Kita kesal keadaan yang berlaku walaupun kita menganggotai kerana kononnya kabinet bawa tetapi masih lagi ada parti-parti di negara ini mengalakkan untuk melakukan pembelian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pembelian wakil rakyat dan ini bercanggah dengan niat parti dalam jawatankuasa itu.

"Saya berharap perkara ini khususnya pimpinan-pimpinan parti menghentikannya, di mana kita mahu RUU ini dibentang di Parlimen dan saya minta Perdana Menteri percepatkan RUU ini dibentangkan di Parlimen untuk memastikan supaya apa yang dihasratkan di peringkat awal, mengelakkan supaya maruah dan martabat yang ada dan negara kita bukan lagi satu sistem amalan demokrasi.

Iklan

"Esok menang kita boleh lompat. Esok jadi wakil rakyat, kita ada nilai, kita jual nilai ini. Ini yang tidak harus berlaku dalam keadaan sistem demokrasi di negara kita. Jadi saya minta Perdana Menteri percepatkan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Warisan, di Kolombong pada Selasa.

Ahli Parlimen Semporna itu turut berkata, Perdana Menteri yang kini mempunyai kuasa untuk membawa bila RUU itu dibentangkan di Parlimen.

Iklan

"Saya difahamkan, perkara ini bukan lagi di bawah bidang kuasa kabinet. Ini di bawah bidang kuasa Perdana Menteri untuk tentukan tarikh bila pembentangan RUU Anti Lompat ini dibawa ke Parlimen.

"Saya pun tidak tahu apa kandungannya tetapi saya akan turut bersama bukan hanya menyokong tapi melihat apa kandungannya untuk pastikan supaya dapat diperbetulkan selaras dengan bukan hanya berdasarkan ia mencegah untuk pastikan supaya tidak berlaku kejadian lompat melompat dengan beberapa dorongan, kena ada hukuman untuk mencegah mereka lakukan di masa akan datang, cegah mereka lakukan di masa akan datang," tegasnya.

Sebelum itu, pada Ahad lalu, ADUN Kukusan, Rina Jainal bertindak keluar daripada parti dan ini sekali gus menjadikan seramai enam ADUN telah meninggalkan Warisan sejak tahun lalu.