61 kakitangan PP OUM Zon Utara dirai

Iklan
Seramai 61 kakitangan PP dari OUM Zon Utara diraikan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa.

Seramai 61 kakitangan PP dari OUM Zon Utara diraikan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa.

GEORGETOWN - Seramai 61 kakitangan Pusat Pembelajaran (PP) dari Open University Malaysia (OUM) Zon Utara hadir Majlis Sambutan Hari Raya anjuran syarikat pegangannya, METEOR Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

Majlis bertemakan Raya Kembali itu diadakan di G Hotel, Jalan Kelawei di sini pada Selasa yang melibatkan kakitangan PP dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan METEOR, Muhammad Afiq Redzuan berkata, tema tersebut dipilih selepas Kumpulan METEOR tidak berpeluang menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak dua tahun lalu susulan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Iklan

Kakitangan PP dari OUM dihiburkan dengan pelbagai acara ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan Kumpulan METEOR.

Menurutnya, majlis tersebut dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada semua kakitangan yang sentiasa menyokong Kumpulan METEOR dan OUM.

Iklan

"Ini adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri pertama yang diadakan untuk semua kakitangan di semua peringkat. Tema ini dipilih kerana sejak negara dilanda pandemik Covid-19, Kumpulan METEOR tidak berpeluang untuk menganjurkan apa-apa majlis bagi mematuhi prosedur Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dapat dikembalikan setelah negara memasuki fasa endemik.

"Majlis ini dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada semua kakitangan yang sentiasa menyokong Kumpulan METEOR dan OUM. Ia juga dilihat dapat mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan Pengurusan Utama Kumpulan METEOR dan OUM," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Muhammad Afiq memberi ucapan ketika majlis bermula.

Katanya, sambutan Hari Raya Aidilfitri itu diadakan di semua zon termasuk Sabah dan Sarawak.

"Di Zon Sabah, kita adakan sambutan ini di Kota Kinabalu pada 21 Mei, di Zon Sarawak pula, ia diadakan di Kuching pada 20 Mei.

"Sementara itu, untuk Zon Pantai Timur, kita akan adakan pada Khamis ini di Kota Baru yang mana ia melibatkan tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala Zon Selatan adalah yang terakhir iaitu di Melaka, pada Sabtu ini," katanya.

Muhammad Afiq berkata, pihaknya akan menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk kakitangan dalam mengeratkan silaturahim antara mereka.

"Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah yang pertama, selepas ini kita akan anjurkan pelbagai aktiviti pada tahun ini antaranya jamuan tahunan, hari keluarga dan sebagainya," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kumpulan METEOR untuk tahun ini.

Kakitangan PP dari OUM Zon Utara sedang menikmati pelbagai juadah.

Sementara itu, Naib Canselor OUM, Profesor Madya Dr Ahmad Izanee Awang berkata, majlis sosial penting bagi memupuk semangat kerja berpasukan dan hubungan kekeluargaan antara kakitangan.

"Secara tidak langsung ia akan mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang positif kerana ia melibatkan semua kakitangan daripada peringkat sokongan sehingga pengurusan.

"Pada saya penganjuran sambutan hari raya ini adalah inisiatif yang murni untuk menyatukan dan memberi motivasi kepada kakitangan kita untuk bekerja lebih gigih selain menyemai semangat kekitaan," katanya