Petugas kesihatan maut ketika pulang dari tempat kerja

Iklan
Keadaan nahas dua kenderaan yang mengorbankan seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sungai Siput pada Rabu (Foto Bomba Perak). Gambar kecil: Norazly

SUNGAI SIPUT - Seorang penolong pegawai perubatan yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 33 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 7.45 pagi itu, Norazly Zakaria, 38, yang memandu kereta jenis Perodua Axia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menamatkan shif kerja pada sebelah malam di Hospital Sungai Siput.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dari arah Sungai Siput menghala ke Kuala Kangsar hikang kawalan dan terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Iklan

"Keadaan itu mengakibatkan sebuah kereta dipandu wanita berusia lingkungan 40-an yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta mangsa.

"Perlanggaran itu menyebabkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala wanita itu pula patah kaki kanan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan itu diterima pada jam 7.48 pagi melibatkan dua kereta.

Katanya, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput.

"Mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.