Pembantu tadbir ditahan SPRM kes tuntutan palsu

Iklan

KUANTAN - Seorang pembantu tadbir wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang hari ini untuk siasatan berhubung kes tuntutan palsu RM209,233.

Suspek berusia 33 tahun disyaki memalsukan 32 tuntutan bagi pembiayaan perubatan kesuburan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ketika bertugas di dua jabatan kerajaan di negeri ini antara tahun 2014 hingga 2017.

Iklan
Iklan

Suspek disyaki mengemukakan Borang Perubatan I/09 bersama resit-resit berkaitan rawatan kesuburan kepada Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan Pejabat Pertanian Negeri Pahang dengan niat untuk mengelirukan prinsipalnya terhadap tuntutan palsu tersebut.

Hasil siasatan dijalankan SPRM Pahang sejak beberapa bulan lalu, suspek berjaya ditahan hari ini.

Iklan

Sumber SPRM Pahang juga memaklumkan, suspek dijangka akan dituduh dalam masa yg terdekat.

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin turut mengesahkan tangkapan tersebut.

Iklan