Mahkamah Pilihan Raya tolak 5 petisyen calon PRN Melaka

Iklan
Mohd Aleef (depan, kiri) bersama peguamnya ketika keluar dari Mahkamah Pilihan Raya pada Rabu.

MELAKA - Mahkamah Pilihan Raya pada Rabu menolak petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang mencabar keputusan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Aleef Yusof.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu sejurus mendapati segala tuduhan yang dilemparkan menerusi petisyen berkenaan adalah tidak berasas.

Iklan
Iklan

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Dr Mohd Aleef yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, perbicaraan telah bermula sejak 24 Mac lalu dan seramai 20 saksi telah dikemukakan oleh pihak pempetisyen dan responden sepanjang prosiding itu berlangsung.

Menurutnya, mahkamah pada Rabu memutuskan untuk menolak lima tuduhan yang dikemukakan dengan masing-masing Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu dan tiga lagi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Iklan

Pertuduhan itu berhubung ADUN Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu telah melakukan sogokan untuk meraih undi pasukan tentera.

Beliau berkata, keputusan Hakim yang dibacakan dalam 35 muka surat itu memperincikan satu persatu bahawa tidak berlaku penyelewengan terhadap pihak SPR malah tidak berlaku sogokan oleh Dr Aleef sebagai pemenang pilihan raya tersebut.

Iklan

"Secara rambangnya kita lihat dia (pempetisyen) mengadu bahawa ada penyelewengan jumlah undian.

"Kalaulah itu berlaku ia tetap tidak menjejaskan keputusan PRN yang lalu," katanya.

Tambahnya, keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu secara tidak langsung memberikan kepastian dan menjelaskan segala tuduhan dilemparkan itu tidak berasas.

Dalam prosiding itu, Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tidak hadir dan hanya diwakili empat peguamnya iaitu Datin Rosfinah Rahmat, Amin Othman, Wan Hamidah Wan Ismail, Nor Hazira Abu Haiyan.

Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Mahkamah Pilihan Raya menolak bantahan awal tiga responden terhadap petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu kerana wajar dibicarakan demi kepentingan awam.