Agong, Permaisuri ucap tahniah empat pelajar ikuti latihan ketenteraan di AS

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan tahniah kepada empat pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan AS tahun ini. Foto: Facebook Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada empat pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Menzahirkan ucapan sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Iklan
Iklan

Menerusi poster dimuat naik di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut mendoakan agar keempat-empat mereka dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Menurut kenyataan Kedutaan AS di Malaysia, keempat-empat pelajar itu ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly, Muhamad Danish Imran Zainudin, Qarin Loqman Safriza dan Zarif Mohd Zamrin.

Iklan

Edlan Mikyad dan Zarif dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia masing-masing bakal ditempatkan di Akademi Tentera AS (USMA) West Point, New York dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado.

Sementara itu, Muhamad Danish Imran dan Qarin Loqman dari Maktab Tentera Diraja di Akademi Tentera Laut AS (USNA), Annapolis, Maryland.

Iklan

Mereka akan menyertai lima pelajar Malaysia yang sedang menjalani latihan di Akademi Perkhidmatan AS iaitu satu di USMA dan masing-masing dua di USNA serta USAFA. - Bernama