SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor menamatkan perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan BN negeri itu berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.
Isham menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan penamatan tersebut dibuat susulan jawatan berkenaan tidak termaktub di dalam Perlembagaan BN.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, Isham yang juga ahli biasa dalam BN sebelum ini bertekad akan terus membantu parti itu walaupun tanpa apa-apa jawatan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.
"Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri," katanya dalam hantaran tersebut pada Rabu.