Love Scam: 1,047 laporan polis di Johor babit kerugian RM25 juta

Iklan
Kamarul Zaman (tengah) menyampaikan sijil kepada penerima pada Majlis Pemakaian Pangkat Rendah Polis Kontinjen Johor sesi 2/2022 di IPK Johor pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Sejumlah 1,047 laporan polis membabitkan kes diperdaya sindiket 'love scam' diterima dari awal tahun hingga hari ini di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding 934 laporan polis diterima dalam tempoh sama tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Dari awal tahun sehingga hari ini, mangsa-mangsa yang ditipu sindiket 'love scam' melibatkan kerugian RM25 juta.

"Sasaran sindiket untuk memperdaya wanita kesunyian berusia antara 50 hingga 60-an menerusi media sosial," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat Rendah Polis Kontinjen Johor sesi 2/2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Rabu.

Iklan

Seramai 118 anggota pegawai pangkat rendah menerima peningkatan pangkat kerana menjalankan tugas dengan dedikasi dan sempurna.

Kamarul Zaman berkata, dalam kes terbaharu, seorang suri rumah berusia 50-an yang masih memiliki suami menyerahkan RM140,000 kepada seorang lelaki dikenali menerusi media sosial akibat terjerat cinta maya.

Iklan

"Wang yang diserahkan wanita tersebut adalah hasil pemberian ahli keluarga termasuk anak bagi kegunaannya," katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya mangsa yang kesunyian menjadi sasaran sindiket dengan menyamar sebagai warga asing yang kaya dan berjaya.

Dalam kebanyakan kes katanya, mangsa melakukan transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank tempatan.

"Mangsa diperdaya untuk membayar cukai kononnya bagi mendapatkan hadiah daripada kekasih selain dipelawa untuk berkahwin.

"Mereka kononnya dari Korea dan Jepun serta bekerja di syarikat minyak terkenal, namun akaun diberikan kepada mangsa untuk tujuan transaksi pemindahan wang adalah milik warga tempatan," katanya.