Malaysia mahu contohi Turkiye urus keselamatan sempadan

Iklan
Hamzah ketika mengadakan lawatan untuk melihat tahap keselamatan sempadan Turkiye. Foto: Agensi Anadolu

SHAH ALAM - Malaysia perlu belajar dari Turkiye mengenai sistem pengurusan sempadan yang dibangunkan oleh Ankara bagi memastikan keselamatan dalam negara berada pada tahap yang baik.

Menurut laporan Agensi Anadolu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Malaysia ingin belajar dari Turkiye mengenai kawalan pelarian selain berkongsi pengalaman dalam pelancongan dan pemuliharaan tapak bersejarah serta mengukuhkan pertukaran rakyat dengan rakyat.

Iklan
Iklan

"Semasa lawatan ke Syria dan Iraq, Pegawai Turkiye menunjukkan kepada saya bagaimana mereka mengurus dan merancang. Ia bukan sahaja dari segi pengawasan fizikal, mereka juga menggunakan teknologi di sempadan.

"Mereka (telah) membina tembok konkrit, jalan raya dan menyediakan pencahayaan di sepanjang sempadan. Ini adalah kepentingan mempunyai pengurusan kawalan sempadan yang betul," katanya.

Iklan

Beliau turut memuji kawalan sempadan perairan dilakukan Turkiye dalam mengukuhkan keselamatan dan pertahanan di sempadan Greece dan Bulgaria.

"Turkiye mengambil serius dalam mengawal sempadan memandangkan keadaan geopolitik rantau ini banyak pihak yang berminat ingin mempunyai pangkalan. Disebabkan itu, Turkiye membuat dasar untuk mengukuhkan keadaan keselamatan dan pertahanan mereka di kawasan itu.

Iklan

"Untuk melakukan ini, perlu mempunyai teknologi, aset yang betul. Mereka membangunkan aset dan industri seperti ini untuk memastikan mereka mempunyai mekanisme pertahanan yang mampan pada masa hadapan," katanya.

Hamzah memaklumkan bahawa kedua-dua negara tersebut dijangka menandatangani perjanjian berkaitan keselamatan dan pengurusan sempadan beberapa bulan akan datang.

"Saya akan kembali untuk menghasilkan perjanjian yang sangat komprehensif antara dua negara, terutamanya mengenai keselamatan.

"Bagaimana untuk menguruskan sempadan dan bagaimana sebenarnya untuk mencipta dan mengurus sekuriti di negara kita," katanya.

Beliau mengakui pandemik Covid-19 telah melambatkan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Turkiye dan Malaysia dalam sektor pertahanan.

"Covid-19 sudah tentu menimbulkan banyak masalah. Kami sedang berusaha semula. Kerana itulah sebab saya datang ke sini.

"Melihat pada sisi baik dan positif, kami benar-benar merancang apa yang perlu dilakukan dengan segera selepas wabak ini diselesaikan dan kami boleh mula bergerak," tambahnya.