Kelayakan Piala Asia: Stesen LRT Bukit Jalil lanjut operasi

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bagi Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan melepasi jam 12 tengah malam sempena Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Malaysia menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Rabu.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, tren terakhir dari Stesen LRT Bukit Jalil menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada jam 12.03 tengah malam manakala pelepasan tren terakhir menuju ke Putra Heights pada jam 12.44 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Tren tambahan akan disediakan bagi membawa penumpang setelah selesai perlawanan.

"Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek dan ke MRT Laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Iklan
Iklan