Arak tanpa cukai dirampas

Iklan
Pasukan Polis Marin Wilayah 1 merampas minuman keras tanpa permit bernilai RM118,691 pada tengah hari Rabu.

GEORGETOWN - Dua lelaki warga asing ditahan bersama 554 liter minuman keras tanpa cukai bernilai RM118,691 di Taman Nagasari, Perai pada tengah hari Rabu.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 40 tahun itu ditahan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Satu menerusi dua serbuan dalam Op Kontraban.

Iklan
Iklan

Komandernya, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Unit Risikan Marin (URM) kira-kira jam 11 pagi hasil dari maklumat awam.

"Kita telah menahan dua lelaki warga asing dan merampas 554 liter minuman keras yang disyaki tidak mempunyai cukai kastam bernilai RM118,691.

Iklan

"Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Iklan

Tambahnya, orang ramai diminta menyalurkan semua maklumat kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebagainya.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian di nombor 04-6558222," katanya.