Belgium fantastik di Stadium King Baudouin

Iklan
Bruyne antara pencetak gol Belgium ketika menang besar ke atas Poland di Brussel.

PEMAIN gantian Leandro Trossard menjaringkan dua gol ketika Belgium meletakkan mimpi ngeri diaibkan Belanda untuk bangkit luar biasa membelasah Poland 6-1 dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah di Stadium King Baudouin.

Belgium, yang bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat sendiri bagaimanapun ketinggalan lebih awal apabila Robert Lewandowski menjaringkan gol minit ke-28', sebelum Axel Witsel hadir dengan gol penyamaan minit ke-48', ketika hala tuju perlawanan menuju ke bilik persalinan.

Iklan
Iklan

Brussels menjadi saksi kebangkitan babak kedua angkatan Roberto Martinez yang ternyata berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan ampuh skuad asuhan Czesław Michniewicz.

Sensasi Eropah itu memulakan dominasi menyeluruh bermula dengan gol Kevin De Bruyne (59'), Trossard (73', 80'), Leander Dendoncker (83') diakhiri jaringan pemain gantian Loïs Openda (93') untuk kedudukan 6-1.

Iklan

Sementara itu, Trossard mengakui buntu mengenai dua karakter para pemain Belgium dalam perlawanan tersebut.

"Sukar untuk dijelaskan, jika kami tahu jawapannya, kami akan melakukan sesuatu mengenainya. Tetapi kami bermain dengan baik hari ini, itu adalah perkara yang paling penting...

Iklan

"Sejujurnya ia hari hebat buat pasukan Belgium. Kami bertindak balas selepas pada babak kedua perlawanan. Kami bermain dengan baik dan mencipta banyak peluang. Sudah tentu, ia bagus apabila anda boleh menjaringkan begitu banyak gol," kata Trossard.

Belgium akan bertandang menentang pasukan bawahan Wales manakala Poland berkunjung ke Belanda selepas ini.