Penganggur didakwa miliki ganja

Iklan
Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Khamis.

KUALA PILAH - Seorang penganggur yang dipercayai menyebabkan nahas lima kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan memiliki ganja pada Ahad lepas.

Tertuduh Munzir Azmeer Abd Rahim, 28, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Che Ku Nor Azlinda Che Ku Mahmood.

Iklan
Iklan

Bagaimana pun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dalam miliki tumbuhan kering disyaki dadah jenis kanabis anggaran berat 3.39 gram.

Iklan

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada 5 Jun lepas lebih kurang jam10.25 pagi dalam kereta Perodua Myvi di Kilometer 242.9 Lebuhraya PLUS arah Selatan.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (akta 234) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Jun ini sebagai sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Rembau.