Warga AS hidap cacar monyet lari hospital Mexico

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123rf

GUADALAJARA - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang menghidap cacar monyet melarikan diri dari sebuah hospital di pusat peranginan Mexico, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Rabu.

Lelaki berusia 48 tahun itu, berasal dari Texas melarikan diri dari hospital di Puerto Vallarta di pantai Pasifik Mexico pada hujung minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Warga AS itu telah melarikan diri setelah diberitahu oleh kakitangan perubatan bahawa dia perlu diuji untuk penyakit cacar monyet dan diasingkan dengan pesakit lain.

"Apabila dia tiba di hospital, pesakit mengalami simptom batuk menggigil, sakit otot dan luka-luka di muka, leher dan badannya," kata Jabatan Kesihatan negeri dalam satu kenyataan.

Iklan

Selepas melarikan diri dari hospital tersebut, warga AS itu kemudian pergi ke hotel tempat dia menginap bersama pasangannya dan menaiki penerbangan keluar dari Puerto Vallarta pada 4 Jun lalu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS kemudian mengesahkan kepada pihak berkuasa Mexico pada Isnin bahawa pesakit telah kembali ke negaranya yang mana ujian mengesahkan dia menghidap cacar monyet.

Iklan

Sebelum tiba di Puerto Vallarta pada 27 Mei lalu, individu itu berada di Berlin, Jerman antara 12 dan 16 Mei lalu. - Agensi