Mayat lelaki tempatan ditemui dalam longkang

Iklan
Anggota bomba ketika menjalankan kerja membawa keluar mayat berkenaan dari longkang tersebut. - Foto Bomba

KLANG - Penduduk di sekitar Jalan Papan, Pandamaran di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di sini pada Khamis.

Difahamkan, mayat lelaki tersebut ditemui oleh orang awam terapung di dalam sebuah longkang di sini sekitar jam 8 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.16 pagi.

"Setelah membuat 'size up' di lokasi satu mayat lelaki tempatan berusia 44 tahun ditemui dalam sebuah longkang besar.

Iklan

"Anggota bomba telah mengangkat mayat tersebut menggunakan pengusung dan tangga," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan