JOHOR BAHRU - Seorang peniaga dalam talian kerugian lebih RM400,000 selepas disamun empat lelaki bersenjata di sebuah restoran di Mount Austin di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa menjalankan perniagaan dalam talian dan membuat janji temu bertemu pelanggannya di restoran tersebut.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.45 tengah hari ketika mangsa sedang menunggu pelanggan di restoran berkenaan.