Amaran hujan lebat, ribut petir di 10 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.20 petang itu memaklumkan negeri tersebut adalah Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Iklan
Iklan

Di Perak, ia melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.

Selain itu, di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, sementara Negeri Sembilan pula di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Iklan

Di negeri Johor, hujan dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sarawak pula melibatkan Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis) manakala Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

Iklan

Hujan di Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya pula dianggarkan melibatkan semua negeri.