Penduduk gotong-royong lupus 3 tan sampah tidak dikutip

Iklan
Penduduk Taman Chepor Sentosa bergotong-royong mengangkut sampah yang tidak dikutip untuk dilupuskan. - Foto Ihsan Pembaca

IPOH - Masalah pengurusan sisa pepejal yang berlarutan lebih tiga minggu menyebabkan penduduk di Taman Chepor Sentosa di sini mengambil inisiatif melupus sendiri lebih tiga tan sampah pada Rabu.

Penduduk, Mohd Isa Shamsuddin berkata, inisiatif itu dilakukan berikutan tiada tindakan diambil selepas aduan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Iklan
Iklan

"Seramai 15 penduduk mengambil keputusan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan dengan mengumpul sampah-sampah yang tidak diambil PBT atau syarikat konsesi.

"Sebuah lori satu tan digunakan untuk mengangkut sampah di seluruh kawasan ini dan dibuang di kawasan kebun sebelum ditimbus. Itu alternatif yang kami ada setakat ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Iklan
Sebuah lori milik penduduk digunakan untuk mengangkut sampah yang mula bertimbun di Taman Chepor Sentosa. - Foto Ihsan Pembaca

Menurutnya, PBT perlu mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan isu pengurusan sisa pepejal yang disebabkan masalah kekurangan pekerja.

"Kami sebagai pembayar cukai tentu mahukan perkhidmatan terbaik tetapi melihat keadaan sekarang kami sangat kecewa apabila jadual mengangkut sampah gagal dipatuhi.

Iklan

"Persekitaran taman kami mula menjadi kotor dan busuk dan tentu kita bimbang akan memberi risiko kesihatan termasuk penyakit bawaan vektor," katanya.

Mohd Isa berkata, sisa domestik ini perlu dilupuskan dengan cara betul dan berharap PBT segera atasi masalah yang dihadapi penduduk.